Sabtu, 5 Mac 2011

Jangan Menangis Lagi...>

Bab 1;


     Kringg!!!Jam loceng Safira berbunyi dengan lantang lantas mengejutkan Alisa yang sedang lena diulit mimpi indah.

     "Fira!!Bangunlah tutup jam kau tu.Hish kacau aku nak mimpi Wan je."Dengan sekuat hati Alisa menjerit melepaskan amarahnya.

     Safira yang sedang nyenyak tidur langsung tidak terganggu dengan pekikan suara Alisa.Bunyi dengkuran Safira hanya menambahkan rasa sebal Alisa.'Nasib baik kau kawan baik kau Fira.'Bisik Alisa sendirian.Dengan langkah longlai akibat dikuasai rasa mengantuk,Alisa menuju ke katil Safira dan menutup jam loceng yang sedari tadi menggila mengeluarkan nada yang amat menyakitkan hati Alisa.Sewaktu ingin berpaling untuk kembali ke pembaringannya,Alisa telah tersadung di kaki katil dan tanpa kawalan dia terus menghempap Safira.

     "Aduh!Apa ni Lisa,kacau betullah.Beratnya badan kau,berapa tan berat kau ni.Tunggu apa lagi,bangunlah cepat."Safira masih sempat lagi mengutuk temannya itu walaupun sedang berada dalam kesakitan.Alisa hanya mampu tersenyum mendengarkan kata-kata sindiran Safira.Tanpa ucapan maaf,dengan selambanya Alisa menapak ke katilnya.'Padan muka,siapa suruh tidur tak ingat dunia',bisik hati kecilnya sambil diiringi dengan tawa halus.Belum sempat dia melelapkan matanya kembali,Safira menjerit sekuat hati.

     "Fira!!Aku tahulah kau anak dato',tapi boleh tak bagi aku privacy nak sambung tidur.Bisinglah kau ni."

     "Lisa,tolong aku.Halau lipas ni aku geli Lisa.Tolong aku,"

     "Malas aku,kau buatlah sendiri.kau kan berani,"tanpa rasa kasihan Alisa mengetawakan teman baiknya.Jeritan Safira semakin lama kedengaran semakin perlahan dan perlahan.Alisa berasa hairan lantas memalingkan mukanya ke arah Safira.

     "Fira!!Kenapa ni,bangun Fira.Janganlah main-main."Dengan pantas Alisa mendapatkan telefon bimbitnya lantas menghubungi teman lelakinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

     Safira telah dimasukkan ke wad kecemasan.Sejam telah berlalu dan Safira telah mula sedarkan diri.

     "Ahhhhhh!!!Pergi,bawa lipas tu jauh-jauh."Alisa yang berada di sisi Safira cuba untuk menenangkan gadis itu.Dia segera teringat akan kata-kata doktor tadi,langsung tidak disangka gadis lincah seperti Safira alah kepada serangga terutamanya lipas.

     "Hoi perempuan,mana ada lipas kat sini.Penakut betul,kat kelas berlagak macam berani sangat je,"Hazim melontarkan kata-kata tanpa memikirkan perasaan Safira.Teman lelaki Alisa,Izwan dengan pantas menyiku lengan Hazim.'Ah tiada insurans betul mulut dia ni,'Izwan bermonolog sendirian.

     meskipun terguris dengan kata-kata Hazim,Safira sedaya upaya menahan tangisnya.Dia berjanji tidak akan sesekali memaafkan lelaki bernama Hazim Akmal.Suasana tegang itu dapat dirasai oleh semua yang berada di dalam bilik itu.

    "Kita pergi picnic sabtu ni nak?Lisa rasa dah lama kita tak release tension kan.Asyik stdy je,"Alisa cuba untuk melepaskan mereka semua dari ketegangan itu.Izwan hanya mengangguk tanda setuju,tetapi reaksi yang sebaliknya daripada Safira dan Hazim.Mereka dengan serentak mengatakan tidak.Namun Alisa sudah memberi kata putus dan tiada siapa mampu menolak.Mahu atau tidak Safira dan Hazim akan tetap ikut sama,itu keputusan Alisa.Izwan hanya mampu menjungkitkan bahu.Dia sudah masak benar dengan kekasihnya,jika sudah membuat keputusan tiada siapa mampu menolak.Nampaknya Alisa mempunyai kuasa luar biasa dalam melembutkan hati temannya.


                                            <To Be Continued....>

1 ulasan:

  1. Ini adalah nurkilan sy yg pertama...hope semua yg terbaca nurkilan ni dapat memberikan komen...sy akan perbaiki dalam bab yg sterusnya...thank you..

    BalasPadam